firstly, nak cakap.....................
SELAMAT HARI GURU
majulah sukan untuk negara... heee~
(ape kaittt???)
hari ni 16 may... May 16... ape yang special nye??
dah tentu la hari cikgu kan...
ada ape je ngan hari cikgu nih ek???
ni aku konsikan sejarah - sejarah hari guru di beberapa negara..
yang aku search dari incik google dan copy dari incik puan wiki... =)
sila la juling kan mata anda untuk membaca... =P
Amerika Latin
Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin jatuh pada 11 September , sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika Interamerican Conference on Education, di Panama.
Bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober. Di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuan mengishtiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918
Albania
Di Albania, Hari Guru adalah hari cuti tidak rasmi yang diadakan pada 7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac(sila lihatHari-hari cuti umum di Albania).China
Di China, Hari Guru diraikan pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada professional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan).Czech
Bagi Czech Republic, Hari Guru (Den učitelů) merupakan hari cuti tidak rasmi pada 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (Comenius). Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka. Pegawai-pegawai awam menggunakan hari ini untuk menghargai kerjaya berkenaan (contoh: [1])dan menghadiahkan kepada guru terbaik.Hari Guru di Malaysia
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif
- " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tokoh Guru
Setiap tahun, beberapa bekas guru akan dipilih untuk menjadi tokoh guru tahunan. Berikut merupakan tokoh-tokoh guru semenjak 1990:-2010
| 2000
|
Tema hari guru
- 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
- 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
- 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
- 1975 Guru dan Pembangunan Negara
- 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
- 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
- 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
- 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
Hal berbangkit
Permasalahan
Hanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan sahaja yang mengambil tahu tentang sambutan perayaan berskala seni ini. Sedangkan orang yang tidak terlibat dengan bidang secara umumnya kurang mnegetahui sehinggalah anak mereka merungut untuk membeli hadiah untuk guru sewaktu sambutan hari guru di sekolah diadakan.Institut Pendidikan Guru
Terdapat 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh Malaysia. Semuanya dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.India
Di India, Hari Guru disambut pada September 5, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal. Di sesetengah sekolah pada hari ini, tanggungjawab mengajar diambil oleh pelajar-pelajar senior untuk menunjuk penghargaan mereka terhadap guru-guru.Secara tradisional, masyarakat India telah memberi penghormatan besar kepada para guru. Suatu peribahasa India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberi guru pangkat ketiga, lebih tinggi daripada Tuhan: "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.
Korea Selatan
Di Korea Selatan Hari Guru atau dalam bahasa Korea 스승의 날 adalah disambut pada 15 Mei. Lazimnya pada hari ini para guru akan dihadiahkan dengan bunga carnation oleh para pelajar, dan hari sekolah akan dipendekkan pada hari tersebut.Russia
Di Russia Hari Guru adalah pada 5 Oktober. Before 1994, hari guru kebiasaannya pada Ahad pertama pada bulan September.Taiwan
Di Taiwan, Hari Guru diraikan pada 28 September. Ia merupakan hari yang menghargai jasa, keperitan dan juga sumbangan mereka bukan sahaja kepada pelajar-pelajar tetapi juga kepada seluruh masyarakat. Orang ramai biasanya menggunakan hari berkenaan untuk mengzahirkan penghargaan kepada guru mereka, seperti melawat mereka atau memberikan kad kepada guru mereka. Tarikh berkenaan dipilih pada masa kelahiran Confucius, dipercayai menjadi satu model pendidik dalam China purba.Dalam tahun 1939, Kementerian Pelajaran telah mengadakan cuti kebangsaan pada 27 Ogos, hari jadi Confucius. Akan tetapi dalam tahun 1952, Eksekutif Yuan telah menukar tarikh berkenaan kepada September, dengan alasan bahawa ia telah dikira sebagai tarikh yang tepat dalam kalendar Gregorian.
Majlis keraian wujud di kuil-kuil Konfucius di sekeliling pulau berkenaan, dikenali sebagai Majlis Besar-besaran Dedikasi kepada Konfucius (祭孔大典). Majlis berkenaan bermula pada 6 pagi dengan pukulan drum. 54 pemuzik berpakaian dalam 'robes' dengan talipinggang biru, 36 (atau 64) penari berpakaian kuning dengan talipionggang hijau. Mereka telah didahului dan diikuti oleh pegawai-pegawai majlis. Tiga binatang -- lembu, kambing dan babi -- telah dikorbankan. Rambut yang ditarik daripada ketiga-tiga korban ini dipanggil Rambut-rambut Pintar.
Tambahan pula, institut-institut pendidikan tempatan dan para pegawai awam menganugerahkan guru-guru tertentu kerana kecemerlangan dan pengaruh mereka.
Thailand
16 Januari telah dijadikan sebagai Hari Guru di Thailand oleh satu resolusi kerajaan pada 21 November , 1956. Hari Guru pertama telah diadakan pada tahun 1957.USA
Di Amerika Syarikat disambut pada hari Selasa pertama setiap bulan Mei.National Education Association (NEA) atau Persatuan Pendidikan Kebangsaan menganggap hari guru peringkat kebangsaan sebagai "hari menghormati para guru dan mengenang jasa dan sumbangan yang dilakukan dalam hidup kita" [2].
NEA memberi satu sejarah Hari Guru Kebangsaan:
- asal-usul Guru Hari adalah kabur. Sekitar 1944 guru Arkansas, Mattye Whyte Woodridge mula berhubung dengan pemimpin politik dan pemimpin pendidikan mengenai keperluan untuk satu hari kebangsaan bagi menghormati guru. Woodbridge menulis kepada Eleanor Roosevelt yang pada tahun 1953 memujuk Kongres Amerika Syarikat yang ke lapan puluh satu untuk mengistiharkan satu Hari Guru Kebangsaan.
- NEA bersama dengan sekutu Kansas dan gabungan negeri Indiana dan Bandar Raya Dodge (Kan. ) melobi Kongres tempatan bagi mewujudkan sebuah hari kebangsaan bagi meraikan guru-guru. Kongres mengisytiharkan 7 Mac 1980, sebagai Hari Guru Kebangsaan tetapi hanya untuk tahun itu.
- NEA dan sekutu-sekutunya meneruskan menyambut Hari Guru pada Selasa pertama dalam bulan Mac sehingga 1985, apabila PTA Kebangsaan menubuhkan Minggu Penghargaan Guru sabagai seminggu penuh pertama bulan Mei. Perhimpunan Perwakilan NEA kemudiannya mengundi untuk menjadikan Selasa minggu itu sebagai Hari Guru Kebangsaan.
- Semenjak 7 September 1976, 11 September turut diambil sebagi Hari Guru di negeri US, Massachusetts.
1 comment:
Selamat selamat selamat hari guru <---sila nyanyikan mengikut nada lagu hari raya...
Post a Comment